Jadi.. dengan cara Dato aliff Syukri cuba mencari orang susah untuk di bantu melalui media sosial bagi aku satu usaha yang bagus jugak. Kalau anda memerlukan bantuan atau mengetahui sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan cuma perlu hashtag #abangterlajaktolong & aliffsyukriterlajaklaris. Kalau ada rezeki anda di pilih sebagai seseorang yang menerima bantuan dari Dato Aliff Syukri, Alhamdulillah. Kang ada yang pertikai pulak.. Nak tolong pun kena hashtag bagai.. Kita positif sudah la. Mungkin senang dia nak search denga hashtag tu nanti kat media sosial. Apa?? Ingat hashtag tu sesaja ke? Nak tahu fungsi hashtag sila search kat FB tengok.. Apa saja post yang ada hashtag tu akan keluar..
Kalau tak tau macam mana nak hashtag kat facebook.. sebagai contoh aku attach komen2 yang nak minta bantuan dari Dato terlajak laris ni...
Lebih kurang macam tu la cara nak minta pertolongan dari beliau. Bagitau apa masalah & pertolongan yang macam mana di perlukan kemudian hashtag la apa yang beliau suruh. Bukan susah sangat pun permintaan beliau. Dia tak suruh pun pakai serba pink buat posse dua jari tepi pipi dengan muka duck face. Cuma hashtag je kot.
Tu la kan.. sesiapa sahaja boleh jadi hero penyelamat tak kira orang kaya atau orang miskin yang penting dalam hati ada niat ikhlas untuk membantu sesama makhluk atau membantu alam yang sedang nazak macam ni >> 8 Cara Paling Mudah Nak Jadi Superhero Pada Tahun 2016 << Jadi tak semestinya kita perlu jadi jutawan dulu untuk melakukan kerja menyelamat bak superhero.
Moral of the story.. Biarlah apa niat sekalipun tangan yang memberi tu tapi apa yang penting tangan yang menerima dapat manafaat dari pertolongan tangan yang memberi. Niat & tujuan seseorang membantu tu biarlah Allah yang menilainya. Kita hanya manusia.. Mustahil mampu membaca niat di hati seseorang.