Dikenakan Denda RM2,000 Berpakaian Seksi Ke Bazar


Bersempena dengan bulan Ramadhan ini, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) melaksanakan hukuman denda ke atas wanita yang berpakaian seksi dan mencolok mata.
Tindakan tersebut mendapat reaksi positif dari orang ramai dan kebanyakan bersetuju dengan tindakan tersebut.
Ada yang memberikan komen bahawa tindakan pihak berkuasa sangat bagus memandangkan perkara tersebut di anggap antara gangguan utama di bulan Ramadhan, terutama sekali bagi golongan lelaki.

Dalam masa yang sama, ramai juga yang meminta agar penguatkuasaan seumpama ini dilakukan secara berterusan dan bukan hanya di bulan Ramadhan sahaja.
Namun, ada juga yang beranggapan dengan membayar denda sahaja bukanlah pengaran yang baik kepada wanita yang berpakaian seksi.

Sebaliknya ada yang meminta agar golongan wanita ini diberikan pendidikan dan pemahaman untuk menghormati bulan mulia ini.

Ada yang memberikan komen, denda denda berasaskan wang hanya akan menguntungkan satu pihak sahaja.

Memetik laporan laporan Malaysian Digest, JAIP akan memulakan pemantauan di bazar-bazar Ramadhan dan wanita Islam yang berpakaian tidak sopan akan diberikan amaran terlebih dahulu, sebelum berdepan denda sebanyak RM2,000 atau penjara setahun

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »